tahun baru

1. hari ni dah nak masuk 29/12/2021 dan beberapa hari lagi nak jejak 2022. tapi itu lah banyak masalah kita tengok macam mana gov handle banjir, lelaki horny yang tak habis habis nak scan perempuan, perempuan curang lelaki curang macam cerita layangan putus tu dan banyak lah. kalau nak list kat sini kena letak bullet point sebab kalau tulis satu satu dah boleh jadi essay. 

2. hari ni hari yang malas taktahu kenapa dan craving macam macam tapi kena tahan sebab kalori intake dah habis kekekekekk dan habis dua novel english hari ni aku baca sebab punya la taknak tengok movie (actually taktahu nak tengok cerita apa) dan taknak buat kerja menghadap tp dan yang penting tak menyusahkan orang la buat kerja last minute hehe

3. esok mungkin nak pi oiso la nak jejalan tapi tengok la kalau rajin ekkekekek



kahwin

 saja la bagi tajuk membunuh sikit sebab nak story pasal kahwin kannnnn


1. saja la nak cerita yang hari tu mama macam ada tanya direct la dekat aku "kakak takpe ke adik kahwin dulu?" tak tahu la ni soalan membunuh ke tapi soalan ni buat aku macam hmmmmmmmmm kenapa tanyaaa macam tuuuuu tapi cakap dalam hati je la tapi nampak la aku terbuat muka depan mama sebab soalan tu jujur la aku cakap, aku agak annoyed. bab kahwin ni sebenarnya takde lagi dalam silibus hidup. serious aku cakap. banyak lagi nak kejar, banyak lagi tempat nak pi travel dan banyak lagi benda aku nak baca jadi bila terkena soalan ni buat aku rasa marah. 

mama ada cerita yang adik aku (lelaki tau) dah tanya pasal harga rumah, cara simpan duit (nak buat akaun bersama ke) dan soalan yang aku kira macam preparation ke alam perkahwinan. aku faham sebenarnya soalan adik aku tapi aku juga faham sebenarnya adik aku pun tengah prepare. if nak kahwin, memang 90% kau kena ada duit, kau kena ada kerja, kau kena ada rumah (at least rumah sewa), kau kena ada pengangkutan (zaman sekarang ni at least ada kereta second hand pun okay) dan sebagai lelaki, memang kena buat preparation. aku tak tahu la soalan dari adik aku buat mama jadi risau??... tak tahu nak cakap macam mana.

aku pun ada rasa mama macam risau yang aku takde boyfriend? kut? sebab lately ni asyik bercerita kisah alam perkahwinan ni kat aku. jujur aku cakap la kan, aku bosan sebenarnya cerita pasal kahwin. mungkin nanti kut aku rasa jealous tengok orang dah kahwin tapi sekarang aku lagi jealous tengok orang ada duit banyak. nampak la aku ni agak materialistik (jujur ni)


2. cerita kedua ni, makcik makcik (plus cousin) pun dah tanya, 'ain takde ke boyfriend' dia macam oh shitttt akhirnya soalan yang aku baca kat twitter yang semua duk cakap tu dah sampai dekat aku. pun bosan jugak soalan macam ni dan aku hanya mampu sengih dan menjawab 'belum ada lagi la, nak cari kerja dulu' dan ber hehehehehehheheh


3. umur 24 tahun depan, anda semua masih lagi muda tau. ada certain perempuan dah jumpa jodoh dan dah berkahwin, tu biaq pi. kalau anda rasa anda belum bersedia, jangan lah kahwin. better prepare duit dulu untuk diri anda sendiri, build kewangan anda sendiri. bukan apa, statistik cerai atau ibu tunggal tinggi dekat Malaysia ni sebab utamanya pasal duit. yang lelaki duk pancut sperm pastu tinggai gitu ja ha pala buto mung


4. Hidup ni seronok tau. jadi buat la apa yang anda rasa seronok. tu je nak cakap.


sekian ranting petang ni 

memori

sem 3

-'hello my name is ainul. boleh kita berkenalan?'
-met my roommate and first time masuk kolej uitm -.-'
-classmate sangat okayyyyyyyy
-happy gila kekadang pi icity merayau satu mall
- repeat paper kjm sebab buat perangai taknak jawab final sampai hancur terok cgpa (first time jadi manusia sikit sebab repeat)


sem 4

-dah kena duduk luar. 
-taktahu kenapa tiba tiba macam ajak sara jadi roommate sekali? kekekekekkekek tak ingat siapa yang ajak siapa
-duduk luar happy juga tapi sebab repeat paper so hari hari balik pukul 6 and sometimes pukul 7 malam
-tahu je la seksyen 7 shah alam kalau peak hour jammed macam mana kan
-basically happy gilaaa sebab dah tak terikat dengan rules kolej hhehhehehehehhe
-sometimes setiap jumaat after class dalam pukul 1230 macam tu tengok wayang sesorang dekat tgv 
-ugh I really miss that dayyy
-jalan sesorang merayau satu mall adalah bukan satu masalah kecuali....
-kecuali, terjumpa dengan budak uitm tu sendiri kkekekekkekek tapi apa kisah kan
-rasa nak mengimbau kenangan panjang sikit la
-sometimes hang out dengan fara dengan nina (not sure during sem 4 atau 5) but surely sem 4 rasanya sebab sem 5 dah covid
-kalau takde parking dekat area faculty, memang parking dekat area unit transport pastu jalan kaki la ko pi fac (sesiap bawak payung kay sebab kekadang hujan)
-sometimes parking dekat area apb (sesiapa yang tahu uitm shah alam, memang akan tahu betapa jauhnya fac engineering dengan apb)
-sometimes parking dekat area padang kawad (pun jauh jugaaaa -.-')
-bascially banyak berjalan sebab parking jauh tapi taktahu la kenapa tak kurus kurus
-selalu beli makanan bella (actually ingat sangat sebab selalu tumpang bilik anis su untuk solat asar heheheheheh thankyou aniss)
-ada sometimes midnight movie dengan sara tengok cerita hantu tapi entah la selalu pilih cerita yang tak masuk dek akal.
-macam cerita mother sampai habis tengok movie tu pun still ada discussion dengan sara sebab betapa peliknya dan mendalam movie tu


sem 5

-rasa nya sempat 2 minggu berjumpa dengan lecturer before covid burst 
-best sebenarnya ada class walaupun at that time kelas takde aircond
-ko paham tak betapa panas nya kelassssss ugh tapi bestt
-cop tempat depan sebab nak kipas
-and then covid pastu bermulanya odl yang mengerikan
-power electronic adalah subject paling kuajaq dalam semester itu
-pressure weh study dekat rumah
-so repeat la paper yang kedua (sedih sebab study bagai nak rak tapi tak lepas)


sem 6

-semester yang beshe beshe
-ambik balik paper repeat yang terpaling kuajaq 'power electronic' ugh
-dapat la improve sikit sikit 
-cuti semester kena start internship


during internship

-taktahu kenapa tapi time intern best
-tak best mungkin part kena training baca manual pump yang berlambak tu
-supervisor paling cool, kak anis!
-technical team pun paling best, kak linda dengan kak tika penyeri time kena training hehehehhehhehe
-weekend pun best, ada je activity
-pi mandi dekat air terjun templer, rawang tapi tak best sebab tak dapat naik sampai atas (sumpah semput time hiking padahal sara dah ready hahahhahahah)
-pi ikea makan dengan sara (beratur ramai gilaa)
-nak pi mandi dekat air terjun tapi air terjun tutup ( sampai kena tahan dengan polis dengan askar pulak tu -.-'') pastu saja ajak sara pi muzium negara hehehehehehhehe
-last day lepas intern tu pi ajak sara layan movie violet evergarden kekekekekek tapi aku lanjew dia tido dalam wayang kekekekkeke
-so basically during internship banyak buat activity dengan sara sebab kami roommate hehehehehhe so thank you sara menjadi peneman (sumpah rindu weh!!)


sem 7

- semester yang memenatkan sebab tambah satu subjek
-start fyp1 (memenatkan)
-banyak gila group project (pun memenatkan)
-tak banyak activity punnnn
-kena start diet sebab berat badan naik (duduk rumah kan pastu jadi tukang masak  tak bertauliah pulak tu)
-tengok la sem 8 macam mana nanti hm


 random things that I still keep thinking about today;


1. when covid will go away?

2. do I need to keep lazy all day?

3. do I need to start my fyp simulation?

4. when will I get a boyfriend

5. I need to finish titanic books but I keep lazy-ing

6. why you remove me from your friends' list on Facebook?

7. when will I get my 'hardworking' back?

8. I want to meet friends on campus for the last time

9. sometimes I feel that when in rumah sewa, my mind calmer than in this home

10. sometimes I hate my parents

11. I want to cry

12.I want to watch movies but I don't have a mind about that

13. can I go away from here

14. some times I have this jealous feeling towards someone who has many friends

15.