lepas baca balik post post dulu, aku boleh yakin kan yang aku still insecure. insecure takde orang nak. insecure takde orang nak kawan. insecure bila bertutur kata. sampai aku rasa,dah umur 26 pun masih lagi insecure kan? dah dah lah ainul. kau sebenarnya nak apa?

just piece of my brain

 1. one thing aku perasan, there something in me want something. macam ada hollow dekat hati tu. dan sometimes aku rasa do i deserve someone when i am not what i expect to be? 

2. faham tak bila ada orang kata "kau tak usaha ni nul. macam mana orang nak approach kau bila kau tak buat apa apa?" aku bukan tak usaha. serious aku cakap aku try. tapi randomly yang aku pikir takkan ada orang nak dekat aku. masalahnya bila aku buat kepala approach someone like simply smile and say 'hi', mesti ada orang yang judge aku cakap, lelaki tak suka perempuan yang berani macam ni. macam desperate? then cara macam mana lagi aku nak buat?

3. one of my insecurities is my skin color. banyak kali dah kena reject hanya kerana wajah dan warna kulit yang agak gelap (sebab ikut color skin abah. memang betul anak abah) dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, dah banyak kali di ejek. sebab dunia tanah melayu ni memang suka sangat wanita wanita yang berkulit cerah macam tepung gomak. dah kena brainwash dari kecil agaknya. 

sometimes, my thought la kan, even lelaki yang berkulit gelap or tan skin ni mesti akan pilih perempuan yang skin yang lebih cerah sikit dari dia. even perempuan tu pun categori tan skin tapi mesti dan semestinya kena cerah dari dia. just piece of my opinion about this. lantak la orang kata yang tak semua lelaki macam tu tapi kau boleh cari weh. hampir kesemua macam tu. 

some times aku pernah terpikir kenapa aku tak dilahir kan sebagai lelaki. sebab kalau jadi lelaki, benda kecil macam ni takkan terjadi. dan aku terpikir juga, if aku ada anak nanti, aku sentiasa doa kan yang aku ada anak lelaki sebab kalau ada anak perempuan, chances untuk dapat skin color macam aku dan experiences macam aku agak tinggi. (iya, bunyi macam bodo kan tapi tu lah, hanya kerana skin color aku jadi ovethinking)

4. to S, satu je aku nak cakap, aku sentiasa doakan kau, tak kisah sudah berkahwin atau masih bujang, semoga hidup kau baik baik sahaja. sentiasa gembira dengan apa sahaja pilihan yang kau pilih. tak kisah dalam pekerjaan atau pun teman hidup. kerana kegembiraan dan ketenangan itu datang dari diri sendiri. 


regards, 

Ainul